"Teruna! Beri patik semangkuk darah sebelum darahmu patik korbani!" Raja Permata menjerit.
"Ampun tuanku, inilah darah yang tuanku mahukan," Teruna menjawab dengan senyuman yang berseri.
"Haha! Nice joke Teruna! Kau bagi aku hati ayam eh?" Raja tertawa.
"Haha! Pandai tuanku," jawab teruna sambil ketawa tersipu-sipu.
"Oh kau nk trick aku eh? Ambil ini!" Hiyaak!
Tiba-tiba, perdana menteri masuk lalu menjerit "Tuanku! Perang sudah tiba! Semua orang sudah tidak boleh membuang air. Sakit!"
Setelah menerima khabar itu, Raja Permata pun SMS Spiderman supaya menolong mereka. Malangnya, sedang Spiderman menghayun dirinya dari satu bangunan ke bangunan yang lain, dia disambar petir lalu jatuh ditimpa tangga.
Spiderman tidak sanggup lagi untuk menyambung amanah Raja Permata kerana dia mengalami cedera parah di kelengkangnya akibat disambar petir lalu tersangkut di celah-celah anak tangga. Dia pun mengambil keputusan untuk meminta pertolongan kawanya. Batman dipanggil untuk menyelesaikan masalah Raja Permata. Batman pun bergegas untuk menolong dan menyambung amanah yang diamanahkan raja. Tetapi, Batman terlupa untuk memakai tali pinggangnya yang mengandungi alat-alat mempertahankan diri. Dia tidak boleh berbuat apa-apa malah, dia dibaling taik kelawar tepat ke mukanya.
Berita itu telah sampai ke Hang Tuah. Dia mengamuk lalu menggambil shotgun dan menunggang basikalnya - ala-ala basikal 80-an. Dalam perjalanannya, sebuah lori mainan telah melanggar roda belankangnya. Hang Tuah pun jatuh tergolek dan di hadapannya terdapat durian yang timbul secara tiba-tiba lalu menusuk kedua tangannya dan dia ditewas dicucuk duri durian itu. Masalah Raja Permata masih tidak dapat diselesaikan.