helo semua. ni ade cerita atau surat dari seseorng utk seseorg
saye dapat dari email.
buat tatapan semua yg masih mempunyai ibu/emak/mama/umi
mak.....
terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.
dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
rasanya baru semalam mak peluk kiter
sejuk syahdu masih terasa
lagi nih.
mak tawu tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya!
Erm... rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh,
nak tinggal kan anak2 mak.
nak tinggal kan dunia yang fana ni.
mak macam dah sedia.
seminggu sebelum tu,
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.
akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.
kakak pun rasa hairan.
mak tak penah buat gitu.
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.
tapi mak seolah2 tak sedar
bahawa rancangan radio tu siaran siam,
kengkadang siaran indonesia.
mak terus tekun menganyam.
rupanya tikar yang telah mak siapkan tu
di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan.
pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.
pastu mak jemur karpet-karpet.
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.
mak biarkan ruang tu kosong.
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.
paling menarik sekali mak bgtau
kat maner sume duit dan barang kemas mak.
ada kat dalam almari,
ada kat dalam dalam beg,
ada dalam ASB,
ada kat dalam Tabung Haji,
mak cakap tak berapa cukup lagi,
ada kat dalam gulung tikar.
masa tu mak perasan takk??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar.
kiter kata mak ni memang old fashion la.
mak cuma gelak jer.
erm. bahagia nya saat itu.
mak.....
hari tu hari sabtu pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.
bila malam tu kiter sampai dari KL.
mak dah dalam kesakitan.
akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.
mak tetap takmau pi hospital.
cuma tinggal giliran kiter yang belum pujuk.
mak kata mak takmau duduk dalam hospital.
tapi kiter berkeras juga pujukk.
nanti di hospital ada doktor,
ada ubat untuk mak,
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.
mak tetap tak bersetuju.
mak memang degil.
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.
tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.
mak sakit perut sampai nak sentuh
perut mak pon sakit kami adik - beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital.
mak.....
amponkan kami semua.
kami nak mak sehat.
kami sayang mak.
kami tak mau mak mendrita.
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.
amponkan kami yer mak.
mak.....
malam tu abang bawak mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter.
masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta.
mak asyik tanya ajer.
cukup ker duitt.
kiter jawab pula,
kalau tak cukup, mak kan banyak duit.
mak gelak ajerr.
lepas tu bila kereta kiter sampai.
mak buat kenduri kesyukuran.
dan kiter masih ingat lagi
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.
punya la takut.
kiter warning akak jangan sesekali bgtau kat mak.
bila balik sahaja kampong.
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.
tapi mak perasan juga bumper depan kemek.
mak tanya kenapa?
selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.
haha.
mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau.
maaf! kan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar.
mak, kiter menipu mak kan.
ampon kan kiter.
mak.
jam 4.30 pagi
bila tiba aja kat hospital.
nurse tengah balut mak dengan kain putih.
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital.
mesti mak rase abang cium dahi mak.
mesti mak dengar akak baca doa untuk mak.
mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut tu.
mesti mak perasan semua tu kan? kan? kan?
mak tau tak....
pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi
kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar.
adik kat sebelah diam melayan perasann.
kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini.
jalan di depan terasa makin kelam.
airmata dah tak mampu di tahan.
masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela.
namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga.
disebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.
kosong. ...sekosong hati ini.
sepanjang perjalanan terasa
kedinginan subuh itu lain benar suasananya.
terasa syahdu dan sayu. dingin.
mak.....
kiter masih ingat lagi...
kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak
jam 11.00 pagi mak dimandikan.
anak2 mak yang pangku masa mak mandi.
mak mesti rasa betapa lembut nya
kami mengosok seluruh tubuh mak.
kiter gosok kaki mak perlahan lahan.
mak perasan tak?
makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.
dia kata: " dik, jangan nangis kalau sayang mak.
jangan buat gitu. jangan nangis ya?"
bila makcik tu kata gitu.
lagi la laju airmata ni.
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.
mak.....
sampai stakat ini kiter tulis surat ni.
kiter nangis ni.
ni kat dlm bilik, baru pukul 4.00 pagi.
tkde orang yang bangun lagi.
kiter terdengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih.
kiter rindu kat mak..!
takpa la.
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak.
mak tunggu ya!
mak.....
sebelum muka mak di tutup buat selamanya,
kesemua anak2 mak mengelilingi mak.
menatap wajah mak buat kali terakhir.
semua orang kata mak seolah2 senyum saje.
mak rase tak?
masa tu kiter sentuh dahi mak.
kiter rasa sejuk sangat dahi makk.
kiter tak mampu nak cium mak,
kiter tak berdaya.
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar.
airmata kiter tak boleh tahan.
mak mesti ingatkan yang anak mak ni jadi
imam solat jenazah untuk mak.
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.
jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah!
akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik.
badan akak terasa panas mak.
anak mak yang seorang tu demam.
mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang
tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.
mak.....
hari2 kiter lalui tanpa kewujudan mak lagi.
begitu terasa kehilangan mak.
boleh kata setiap malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata.
dan sampai satu tahap.
masa tu malam jumaat selepas maghrib.
selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan.
entah kenapa biler kat bilik kiter
keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi.
semakin kiter tenung terasa semakin sayu.
tangisan tak dapat dibendung.
mak tau.
kiter cuba bertahan.
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda.
kiter rasa nak telefon mak.
nak cakap dengan mak.
anak mak yang ni dah tak betul kan?
dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong.
kiter bilang akak, kiter nangis lagi.
puas la akak memujuk kiter.
akak kata: " tak baik laa nangis aje, doa lah untuk mak."
dan akhirnya akak juga nangis.
mak tau tak??
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati.
rasa nyilu sangat
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.
sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma.
hanya sedekah al-fatihah kiter dapat berikan.
mak....
cukup la sampai sini dulu.
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid.
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan.
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak.
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.
mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat ni.
pastu kawan kiter bgtau.
simpan je buat kenangan.
kiter cuma tau alamat ni aje.
takper yer mak.
kiter kasi orang lain baca.
kiter stop dulu.
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu.
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter.
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti.
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang.
boleh rasa duduk kat negara orang.
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.
sekian terima kasih,
yang benar
anak mak yang dah tak degil
akhir kate dri saye,
surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati selain dari mengingatkan
jasa ibu kita, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha
dalam lapangan masing2 dan menjaga mereka sebelom mereka pergi
dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah.
wassalam. -nazirul
http://life-teenage-nazirul.blogspot.com
more than words
by frankie j
saying i love you
is not the words i want to hear from you
its not that i want you not to say
but if you only knew
how easy it would be to show me how you feel
more than words
is all you have to do to make it real
then you wouldn't have to say
that you love me, yeah
cause i'd already know.
what would you do (what would you do)
if my heart was torn in two?
more than words to show you feel
that your love for me is real
what would you say
if i took those words away
then you couldn't make things new
just by saying i love you
(just saying i love you, saying i love you)
more than words
(just saying i love you, saying i love you)
now that i've tried to (now that i've tried to)
talk to you and make you understand
all you have to do is
close your eyes and just reach out your hand
and touch me
hold me close don't ever let me go
more than words
is all i ever needed you to show
then you wouldn't have to say
that you love me, yeah
cause i'd already know
(just saying i love you, saying i love you)
more than words
N O T H I N G
dancing to the beat :D
im craving for some things. alot. haha
im craving for some things. alot. haha
P R O F I L E
nazirul and mubin :D

nazirul loves sweets and cookie.
and and vanilla milkshake (:
the only son of abdul moen.
a talking machine haha.
he can talk the whole day without exhausting himself.
k ni bedek xD
has been breathing for the past sixteen years.
nazirul dislikes hypocrites. S E R I O U S L Y!
not to forget pretenders. i think its the same. haha.
currently studying in madrasah aljunied
and is in sec 4.
aspired to be a policeman and a teacher and a motivator and
I WANT IT
this should be useful
basically just famous amos,
double choc frappe, vanilla milkshake,
t-shirt, shirt
,
not forgetting my dreams (:
going to middle-east,
and live life to the fullest wee~!
C H A T B O X
cookiemonster likes famous amos
ibu oh ibu
6:03 PM - Friday, August 28, 2009
FLASHBACKS
wasting my life away
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
February 2010
March 2010
April 2010

